Hiking world Adventure
Wednesday, March 30, 2016
Puncak Gunung Nuang terletak di atas sempadan negeri Selangor dan Pahang. Menariknya gunung ini ialah ia mempunyai titik fokus tiga negeri iaitu Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan terletak tidak jauh dari puncak Nuang. Tingginya 1493 meter pada kedudukan 3.3 ' Utara , 101.9'Timur. Boleh didaki dari tiga arah iaitu dari :
- Kuala Pangsoon, Hulu Langat
- Kampung Kemensah, Gombak
- Bukit Tinggi, Bentong
Gunung Datok yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 885 meter (2,900 kaki) dari paras laut. Gunung Datok mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Gunung ini terletak di mukim kampung Bongek. Perjalanan menuju puncak mengambil masa lebih dari 3 jam jika anda banyak kali berhenti rehat. Perjalanan mendaki boleh dikatakan 90% perjalanan adalah pendakian 78.35 darjah radius dari permukan bumi dan trek adalah akar-akar pokok yg bertingkat serta batu-batu tajam besar.
Trek yang berbatu dan berakar pokok
Pemanadangan di puncak Gunung Datuk
Pelan pandu untuk trek di Gunung Datuk
Bukit Tabur adalah bukit yang terletak di Taman Melawati, Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Bukit Hangus. Bukit ini amat menonjol dan boleh dilihat dari Jalan Lingkaran Tengah 2 ataupun (MRR2). Bukit ini dikatakan setinggi 396 meter (1,300 kaki) dari paras laut. Pendakian bukit ini mengambil masa dalam lingkungan 3-4 jam untuk sampai ke puncak. Menurut para pendaki sebelum ini bukit tabur terbahagi kepada dua bahagian iaitu Tabur East dan juga Tabur West.Biasanya bukit tabur didaki untuk tujuan latihan bagi pendaki-pendaki yang akan mendaki gunung yang lebih tinggi. Namun begitu, ketika tahun baru, ramai pendaki akan berada di bukit ini pada pukul 12.00 malam untuk menyambut tahun baru. Dari puncak ini akan kelihatan keseluruhan bandaraya Kuala Lumpur dan sekelilingya. Mereka melihat pertunjukan bunga api dengan menikmati angin puncak bukit yang nyaman sekali. Kepada pendaki yang ingin melihat panorama matahari terbit disarankan memulakan pendakian seawal 6.30 am.
Pemandangan di puncak
Direction ke Bukit Tabur
Trek pendakian batu batuan granit yang mencabar
GUNUNG BALING,KEDAH
Lokasi :Mukim Pulai, Daerah Baling, Kedah. Koordinat puncak tertinggi gunung ini adalah 5°40.790’N 100°54.567’E. Gunung ini terletak di daerah Baling Sik merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan untuk pendaki dalam negara dan juga luar negara seperti dari pelancong Korea , Jepun, Indonesia, serta dari benua lain.
![]() |
Pemandangan gunung baling |
Boleh melakukan aktiviyi kayak di Sungai Baling |
![]() |
Pemandangan di ats Gunung Baling |
Gua Kambing, kenapa gua ini dipanggil sebagai gua kambing? sebab terdapat satu struktur batu yang menyerupai kambing. |
![]() |
Pemandangan di puncak |
Tuesday, March 29, 2016
Hulu Langat sememangnya terkenal dengan sungai dan air terjun yang menarik ramai pengunjung daripada ibu kota. Setiap hujung minggu sahaja pasti Jalan Hulu Langat menjadi sesak kenderaan yang berpusu-pusu menuju ke kawasan rekreasi yang menjadi pilihan seperti Sg. Congkak , Air Terjun Gabai dan lain-lain. Bagi yang meminati aktiviti mendaki, pengunjung boleh melakukan pendakian di Gunung Nuang. Pangsun mempunyai air terjun yang cantik iaitu Air Terjun Sg Lepoh.
Jarak perjalanan ke Air Terjun Sg. Lepoh lebih kurang 4km dan memakan masa 1 jam 15 minit. Peringkat awal trekking melalui kebun buah-buahan terutamanya durian. Majoriti penduduk kampung ini terdiri daripada masyarakat orang Asli. Makin jauh memasuki hutan, baru terasa berada di dalam hutan sebenar dengan bunyi burung-burung hutan berkicauan, cengkerik menyanyi, deruan angin dan bunyi air terjun sayup kedengaran entah dari mana. Laluan trekking juga semakin mencabar selepas melepasi kebun buah-buahan. Kawasan curam dan melalui lereng-lereng bukit. Semasa pendakian, kita perlu berhati-hati melalui denai kerana struktur tanah yang licin. Memakai pakaian dan kasut yang sesuai dapat mengelakkan kita daripada perkara yang tidak diingini.
Jarak perjalanan ke Air Terjun Sg. Lepoh lebih kurang 4km dan memakan masa 1 jam 15 minit. Peringkat awal trekking melalui kebun buah-buahan terutamanya durian. Majoriti penduduk kampung ini terdiri daripada masyarakat orang Asli. Makin jauh memasuki hutan, baru terasa berada di dalam hutan sebenar dengan bunyi burung-burung hutan berkicauan, cengkerik menyanyi, deruan angin dan bunyi air terjun sayup kedengaran entah dari mana. Laluan trekking juga semakin mencabar selepas melepasi kebun buah-buahan. Kawasan curam dan melalui lereng-lereng bukit. Semasa pendakian, kita perlu berhati-hati melalui denai kerana struktur tanah yang licin. Memakai pakaian dan kasut yang sesuai dapat mengelakkan kita daripada perkara yang tidak diingini.
Broga atau Beroga sebuah pekan berhampiran dengan Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Ia terletak di antara sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Broga terletak 12 km ke Barat bandar Semenyih dan 50 km dari Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Simpang ke Broga di hadapan stesen minyak Petronas Semenyih (kini ditutup). Jalan ini boleh menuju ke Ladang Balau, Taman Tasik Semenyih, Universiti Nottingham cawangan Semenyih, Pusat latihan dan ujian memandu kereta, berjumpa dengan dengan Kampung Tarun dan seterusnya Balai Polis Broga sehinggalah masuk ke sempadan Negeri Sembilan.
![]() |
pelan lokasi Bukit Broga |
laluan naik dan turun yang santai dan tidak terlalu curam |
pemandangan yang dapat dilihat meliputi hampir keseluruhan kawasan Semenyih |
Subscribe to:
Posts (Atom)