Air Terjun Lata Medang ini terletak di Kampung Pertak berhampiran pekan Kuala Kubu Bharu. Kampung Pertak ni merupakan sebuah perkampungan orang asli yang terletak berhampiran Sungai Pertak. Jikalau anda dari pekan Kuala Kubu Bharu, ikut saja jalan menuju ke Sungai Chilling atau Bukit Fraser. Jalan yang sama.
Sebelum sampai di Sungai Chilling, akan ada satu signboard ke kanan yang menunjukkan ke Kampung Pertak. Masuk simpang kanan tadi dan anda akan melalui kawasan perkampungan moden orang asli hingga ke jalan kecil di mana terdapat jambatan gantung yang merentasi sungai.
Parkir kereta anda di situ dan bersedia untuk trekking masuk ke dalam hutan. Tidak perlu membayar parkir sebab memang tak ada pak guard yang bertugas di situ. Risiko meletak kenderaan ditanggung sendiri. Kawasan tersebut agak terhad dengan parkir, jadi pandai-pandailah anda rancang perjalanan anda.

Tidak seperti Air Terjun Chamang di Bentong yang anda boleh terjun mandi terus selepas parkir kereta. Untuk sampai ke lokasi Air Terjun Lata Medang anda perlu trekking lagi masuk ke dalam hutan lebih kurang 2 jam perjalanan dari lokasi parking kereta. Tiada jalan pintas atau jalan mudah untuk menjumpai 'harta karun' di tengah hutan ini.
Untuk panduan peta perjalanan, kami hanya cari di Google sahaja. Ada sekeping peta yang telah dilukis oleh pengunjung yang pernah sampai ke Air Terjun Lata Medang sebelum ini. Kami mengikuti sahaja peta tersebut oleh kerana terdapat beberapa simpang yang kritikal sepanjang laluan denai hutan.
Memang agak kurang berselisih dengan pengunjung lain di sini, tidak seperti di Sungai Chilling atau Sungai Pisang yang sememangnya ramai dengan pengunjung. Sepanjang perjalanan, kita boleh terserempak dengan orang asli tempatan dari suku Temuan yang menaiki scrambler meronda kebun mereka.

Jambatan gantung yang akan di lalui pada permulaan perjalanan.

Antara 'track' yang akan dilalui.
Untuk panduan ke Air Terjun Lata Medang, dari tempat parking kereta anda akan bertemu sebuah jambatan gantung lama yang merentasi Sungai Pertak. Ikut laluan tersebut hingga anda bertemu pulak sebuah jambatan yang runtuh yang melintangi sungai. Berhati-hati apabila melintasi sungai mengikut jambatan runtuh tersebut. Selepas melintasi sungai, teruskan mengikut trail atau laluan yang ada.Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai untuk ber-trekking masuk ke dalam hutan ni. Kalau boleh lengkap berkasut kerana jarak perjalanan yang dilalui hampir 12 KM pergi dan balik. Untuk ke Lata Medang, tak perlu untuk lintas sungai macam Sungai Chilling, cuma diawal perjalanan sahaja kita melalui jambatan gantung lama dan jambatan runtuh yang melintasi sungai.

Inilah jambatan runtuh yang dikatakan tadi.
Antara jalan yang akan dilalui oleh pengunjung.Antara laluan yang akan dilalui oleh pengunjung.

Antara laluan yang akan dilalui oleh pengunjung.

Titi yang dibina oleh masyarakat orang asli.

Inilah dia air terjun lata medang yang dicari.

Air yang sangat sejuk dan udara begitu nyaman.

Setelah penat 'hiking' ini lah habuan paling bernilai.
No comments:
Post a Comment