Tuesday, March 29, 2016

Hulu Langat sememangnya terkenal dengan sungai dan air terjun yang menarik ramai pengunjung daripada ibu kota. Setiap hujung minggu sahaja pasti Jalan Hulu Langat menjadi sesak kenderaan yang berpusu-pusu menuju ke kawasan rekreasi yang menjadi pilihan seperti Sg. Congkak , Air Terjun Gabai dan lain-lain. Bagi yang meminati aktiviti mendaki, pengunjung boleh melakukan pendakian di Gunung Nuang. Pangsun mempunyai air terjun yang cantik iaitu Air Terjun Sg Lepoh. 

 Jarak perjalanan ke Air Terjun Sg. Lepoh lebih kurang 4km dan memakan masa 1 jam 15 minit. Peringkat awal trekking melalui kebun buah-buahan terutamanya durian. Majoriti penduduk kampung ini terdiri daripada masyarakat orang Asli. Makin jauh memasuki hutan, baru terasa berada di dalam hutan sebenar dengan bunyi burung-burung hutan berkicauan, cengkerik menyanyi, deruan angin dan bunyi air terjun sayup kedengaran entah dari mana.  Laluan trekking juga semakin mencabar selepas melepasi kebun buah-buahan. Kawasan curam dan melalui lereng-lereng bukit. Semasa pendakian, kita perlu berhati-hati melalui denai kerana struktur tanah yang licin. Memakai pakaian dan kasut yang sesuai dapat mengelakkan kita daripada perkara yang tidak diingini.









No comments:

Post a Comment