Wednesday, March 30, 2016

Puncak Gunung Nuang terletak di atas sempadan negeri Selangor dan Pahang. Menariknya gunung ini ialah ia mempunyai titik fokus tiga negeri iaitu Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan terletak tidak jauh dari puncak Nuang. Tingginya 1493 meter pada kedudukan 3.3 ' Utara , 101.9'Timur. Boleh didaki dari tiga arah iaitu dari :

  1. Kuala Pangsoon, Hulu Langat
  2. Kampung Kemensah, Gombak
  3. Bukit Tinggi, Bentong
Apa yang menjadikan gunung ini sasaran pendaki adalah kerana gunung ini ialah tertinggi di Selangor. Tambahan lagi di atas gunung telah dibina penanda puncak berbentuk tiga segi daripada besi dan juga jalan mendaki telah dibina oleh Jabatan Perhilitan dan Pejabat Daerah Hulu Langat bagi memudahkan para pendaki . Di sini juga terdapat kawasan peliharaan buluh terbesar di Selangor dan juga di Malaysia. Ini menjadikan gunung ini adalah sesuai bagi semua peringkat umur untuk didaki.







No comments:

Post a Comment