Wednesday, March 30, 2016

Bukit Tabur adalah bukit yang terletak di Taman Melawati, Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Bukit Hangus. Bukit ini amat menonjol dan boleh dilihat dari Jalan Lingkaran Tengah 2 ataupun (MRR2). Bukit ini dikatakan setinggi 396 meter (1,300 kaki) dari paras laut. Pendakian bukit ini mengambil masa dalam lingkungan 3-4 jam untuk sampai ke puncak. Menurut para pendaki sebelum ini bukit tabur terbahagi kepada dua bahagian iaitu Tabur East dan juga Tabur West.Biasanya bukit tabur didaki untuk tujuan latihan bagi pendaki-pendaki yang akan mendaki gunung yang lebih tinggi. Namun begitu, ketika tahun baru, ramai pendaki akan berada di bukit ini pada pukul 12.00 malam untuk menyambut tahun baru. Dari puncak ini akan kelihatan keseluruhan bandaraya Kuala Lumpur dan sekelilingya. Mereka melihat pertunjukan bunga api dengan menikmati angin puncak bukit yang nyaman sekali. Kepada pendaki yang ingin melihat panorama matahari terbit disarankan memulakan pendakian seawal 6.30 am. 
Pemandangan di puncak

Direction ke Bukit Tabur

Trek pendakian batu batuan granit yang mencabar


No comments:

Post a Comment