Wednesday, March 30, 2016
Puncak Gunung Nuang terletak di atas sempadan negeri Selangor dan Pahang. Menariknya gunung ini ialah ia mempunyai titik fokus tiga negeri iaitu Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan terletak tidak jauh dari puncak Nuang. Tingginya 1493 meter pada kedudukan 3.3 ' Utara , 101.9'Timur. Boleh didaki dari tiga arah iaitu dari :
- Kuala Pangsoon, Hulu Langat
- Kampung Kemensah, Gombak
- Bukit Tinggi, Bentong
Gunung Datok yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 885 meter (2,900 kaki) dari paras laut. Gunung Datok mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Gunung ini terletak di mukim kampung Bongek. Perjalanan menuju puncak mengambil masa lebih dari 3 jam jika anda banyak kali berhenti rehat. Perjalanan mendaki boleh dikatakan 90% perjalanan adalah pendakian 78.35 darjah radius dari permukan bumi dan trek adalah akar-akar pokok yg bertingkat serta batu-batu tajam besar.
Trek yang berbatu dan berakar pokok
Pemanadangan di puncak Gunung Datuk
Pelan pandu untuk trek di Gunung Datuk
Bukit Tabur adalah bukit yang terletak di Taman Melawati, Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Bukit Hangus. Bukit ini amat menonjol dan boleh dilihat dari Jalan Lingkaran Tengah 2 ataupun (MRR2). Bukit ini dikatakan setinggi 396 meter (1,300 kaki) dari paras laut. Pendakian bukit ini mengambil masa dalam lingkungan 3-4 jam untuk sampai ke puncak. Menurut para pendaki sebelum ini bukit tabur terbahagi kepada dua bahagian iaitu Tabur East dan juga Tabur West.Biasanya bukit tabur didaki untuk tujuan latihan bagi pendaki-pendaki yang akan mendaki gunung yang lebih tinggi. Namun begitu, ketika tahun baru, ramai pendaki akan berada di bukit ini pada pukul 12.00 malam untuk menyambut tahun baru. Dari puncak ini akan kelihatan keseluruhan bandaraya Kuala Lumpur dan sekelilingya. Mereka melihat pertunjukan bunga api dengan menikmati angin puncak bukit yang nyaman sekali. Kepada pendaki yang ingin melihat panorama matahari terbit disarankan memulakan pendakian seawal 6.30 am.
Pemandangan di puncak
Direction ke Bukit Tabur
Trek pendakian batu batuan granit yang mencabar
GUNUNG BALING,KEDAH
Lokasi :Mukim Pulai, Daerah Baling, Kedah. Koordinat puncak tertinggi gunung ini adalah 5°40.790’N 100°54.567’E. Gunung ini terletak di daerah Baling Sik merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan untuk pendaki dalam negara dan juga luar negara seperti dari pelancong Korea , Jepun, Indonesia, serta dari benua lain.
![]() |
Pemandangan gunung baling |
Boleh melakukan aktiviyi kayak di Sungai Baling |
![]() |
Pemandangan di ats Gunung Baling |
Gua Kambing, kenapa gua ini dipanggil sebagai gua kambing? sebab terdapat satu struktur batu yang menyerupai kambing. |
![]() |
Pemandangan di puncak |
Tuesday, March 29, 2016
Hulu Langat sememangnya terkenal dengan sungai dan air terjun yang menarik ramai pengunjung daripada ibu kota. Setiap hujung minggu sahaja pasti Jalan Hulu Langat menjadi sesak kenderaan yang berpusu-pusu menuju ke kawasan rekreasi yang menjadi pilihan seperti Sg. Congkak , Air Terjun Gabai dan lain-lain. Bagi yang meminati aktiviti mendaki, pengunjung boleh melakukan pendakian di Gunung Nuang. Pangsun mempunyai air terjun yang cantik iaitu Air Terjun Sg Lepoh.
Jarak perjalanan ke Air Terjun Sg. Lepoh lebih kurang 4km dan memakan masa 1 jam 15 minit. Peringkat awal trekking melalui kebun buah-buahan terutamanya durian. Majoriti penduduk kampung ini terdiri daripada masyarakat orang Asli. Makin jauh memasuki hutan, baru terasa berada di dalam hutan sebenar dengan bunyi burung-burung hutan berkicauan, cengkerik menyanyi, deruan angin dan bunyi air terjun sayup kedengaran entah dari mana. Laluan trekking juga semakin mencabar selepas melepasi kebun buah-buahan. Kawasan curam dan melalui lereng-lereng bukit. Semasa pendakian, kita perlu berhati-hati melalui denai kerana struktur tanah yang licin. Memakai pakaian dan kasut yang sesuai dapat mengelakkan kita daripada perkara yang tidak diingini.
Jarak perjalanan ke Air Terjun Sg. Lepoh lebih kurang 4km dan memakan masa 1 jam 15 minit. Peringkat awal trekking melalui kebun buah-buahan terutamanya durian. Majoriti penduduk kampung ini terdiri daripada masyarakat orang Asli. Makin jauh memasuki hutan, baru terasa berada di dalam hutan sebenar dengan bunyi burung-burung hutan berkicauan, cengkerik menyanyi, deruan angin dan bunyi air terjun sayup kedengaran entah dari mana. Laluan trekking juga semakin mencabar selepas melepasi kebun buah-buahan. Kawasan curam dan melalui lereng-lereng bukit. Semasa pendakian, kita perlu berhati-hati melalui denai kerana struktur tanah yang licin. Memakai pakaian dan kasut yang sesuai dapat mengelakkan kita daripada perkara yang tidak diingini.
Broga atau Beroga sebuah pekan berhampiran dengan Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Ia terletak di antara sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Broga terletak 12 km ke Barat bandar Semenyih dan 50 km dari Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Simpang ke Broga di hadapan stesen minyak Petronas Semenyih (kini ditutup). Jalan ini boleh menuju ke Ladang Balau, Taman Tasik Semenyih, Universiti Nottingham cawangan Semenyih, Pusat latihan dan ujian memandu kereta, berjumpa dengan dengan Kampung Tarun dan seterusnya Balai Polis Broga sehinggalah masuk ke sempadan Negeri Sembilan.
![]() |
pelan lokasi Bukit Broga |
laluan naik dan turun yang santai dan tidak terlalu curam |
pemandangan yang dapat dilihat meliputi hampir keseluruhan kawasan Semenyih |
Monday, March 28, 2016
Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya mempunyai 1,217 meter.
![]() |
Gerbang Utama Seperti kebiasaan, pendakian ke Jerai hanyalah ke puncak kedua Jerai yang ketinggiannya 986 meter dari paras laut. Puncak kedua menempatkan Jerai Regency Hill Resort. Manakala puncak pertama ketinggiannya 1200 meter dari paras laut pula menempatkan stesen pemancar telekomunikasi dan penyiaran tv & radio serta pos kawalan terntera. Penghujung puncak kedua adalah kawasan larangan. Di puncak kedua orang awam (kecuali staf stesen pemancar) hanya boleh sampai di Padang Tok Sheikh. |
Permulaan Tangga Kenari Pendakian melalui tangga kenari. Jumlah anak tangga dalam 1000 lebih. Hasil kiraan anggaran jika purata 1 anak tangga tinggi 10 cm maka untuk 1000 anak tangga bermakna 100 meter untuk tangga saja. |
![]() |
Laluan ke Puncak |
![]() |
Paras ketinggian lebih kurang 800-900 meter, pokok yang tumbuh kategori kecil & rendah-rendah |
Sunday, March 27, 2016
Air Terjun Lata Medang ini terletak di Kampung Pertak berhampiran pekan Kuala Kubu Bharu. Kampung Pertak ni merupakan sebuah perkampungan orang asli yang terletak berhampiran Sungai Pertak. Jikalau anda dari pekan Kuala Kubu Bharu, ikut saja jalan menuju ke Sungai Chilling atau Bukit Fraser. Jalan yang sama.
Sebelum sampai di Sungai Chilling, akan ada satu signboard ke kanan yang menunjukkan ke Kampung Pertak. Masuk simpang kanan tadi dan anda akan melalui kawasan perkampungan moden orang asli hingga ke jalan kecil di mana terdapat jambatan gantung yang merentasi sungai.
Parkir kereta anda di situ dan bersedia untuk trekking masuk ke dalam hutan. Tidak perlu membayar parkir sebab memang tak ada pak guard yang bertugas di situ. Risiko meletak kenderaan ditanggung sendiri. Kawasan tersebut agak terhad dengan parkir, jadi pandai-pandailah anda rancang perjalanan anda.
Sebelum sampai di Sungai Chilling, akan ada satu signboard ke kanan yang menunjukkan ke Kampung Pertak. Masuk simpang kanan tadi dan anda akan melalui kawasan perkampungan moden orang asli hingga ke jalan kecil di mana terdapat jambatan gantung yang merentasi sungai.
Parkir kereta anda di situ dan bersedia untuk trekking masuk ke dalam hutan. Tidak perlu membayar parkir sebab memang tak ada pak guard yang bertugas di situ. Risiko meletak kenderaan ditanggung sendiri. Kawasan tersebut agak terhad dengan parkir, jadi pandai-pandailah anda rancang perjalanan anda.
Tidak seperti Air Terjun Chamang di Bentong yang anda boleh terjun mandi terus selepas parkir kereta. Untuk sampai ke lokasi Air Terjun Lata Medang anda perlu trekking lagi masuk ke dalam hutan lebih kurang 2 jam perjalanan dari lokasi parking kereta. Tiada jalan pintas atau jalan mudah untuk menjumpai 'harta karun' di tengah hutan ini.
Untuk panduan peta perjalanan, kami hanya cari di Google sahaja. Ada sekeping peta yang telah dilukis oleh pengunjung yang pernah sampai ke Air Terjun Lata Medang sebelum ini. Kami mengikuti sahaja peta tersebut oleh kerana terdapat beberapa simpang yang kritikal sepanjang laluan denai hutan.
Memang agak kurang berselisih dengan pengunjung lain di sini, tidak seperti di Sungai Chilling atau Sungai Pisang yang sememangnya ramai dengan pengunjung. Sepanjang perjalanan, kita boleh terserempak dengan orang asli tempatan dari suku Temuan yang menaiki scrambler meronda kebun mereka.
Untuk panduan peta perjalanan, kami hanya cari di Google sahaja. Ada sekeping peta yang telah dilukis oleh pengunjung yang pernah sampai ke Air Terjun Lata Medang sebelum ini. Kami mengikuti sahaja peta tersebut oleh kerana terdapat beberapa simpang yang kritikal sepanjang laluan denai hutan.
Memang agak kurang berselisih dengan pengunjung lain di sini, tidak seperti di Sungai Chilling atau Sungai Pisang yang sememangnya ramai dengan pengunjung. Sepanjang perjalanan, kita boleh terserempak dengan orang asli tempatan dari suku Temuan yang menaiki scrambler meronda kebun mereka.

Jambatan gantung yang akan di lalui pada permulaan perjalanan.

Antara 'track' yang akan dilalui.
Untuk panduan ke Air Terjun Lata Medang, dari tempat parking kereta anda akan bertemu sebuah jambatan gantung lama yang merentasi Sungai Pertak. Ikut laluan tersebut hingga anda bertemu pulak sebuah jambatan yang runtuh yang melintangi sungai. Berhati-hati apabila melintasi sungai mengikut jambatan runtuh tersebut. Selepas melintasi sungai, teruskan mengikut trail atau laluan yang ada.Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai untuk ber-trekking masuk ke dalam hutan ni. Kalau boleh lengkap berkasut kerana jarak perjalanan yang dilalui hampir 12 KM pergi dan balik. Untuk ke Lata Medang, tak perlu untuk lintas sungai macam Sungai Chilling, cuma diawal perjalanan sahaja kita melalui jambatan gantung lama dan jambatan runtuh yang melintasi sungai.

Inilah jambatan runtuh yang dikatakan tadi.
Antara jalan yang akan dilalui oleh pengunjung.Antara laluan yang akan dilalui oleh pengunjung.

Antara laluan yang akan dilalui oleh pengunjung.

Titi yang dibina oleh masyarakat orang asli.

Inilah dia air terjun lata medang yang dicari.

Air yang sangat sejuk dan udara begitu nyaman.

Setelah penat 'hiking' ini lah habuan paling bernilai.
Apa yang seronok dan menarik berkenaan Air Terjun Lata Medang ni adalah ianya kurang dikunjungi orang ramai dan masih belum tercemar oleh kerana lokasinya yang terletak nun jauh di dalam hutan.
Air Terjun Lata Medang ni sebenarnya bertingkat-tingkat dan terletak di kawasan tanah tinggi. Oleh itu, kita akan jumpa dulu Lubuk Mecu di bahagian bawah sebelum jumpa Lata Medang di bahagian atas. Ikan pun kita boleh tengok dekat sini tapi semuanya kecik-kecik, tak seperti di Sungai Chilling. Bagi yang suka berkhemah pulak, ada kawasan tapak perkhemahan berhampiran dengan Lubuk Mecu. Bolehlah kalau ada yang nak berkhemah di sana. Percuma.
Sebelum beredar pulang , kami sempat melayan mandi-manda di Sungai Pertak dahulu. Lokasinya pula tak jauh dari tempat parking kereta berhampiran Kampung Orang Asli Pertak.
Pada tengahari , masa melintasi Sungai Pertak ramai jugak berkelah di sini disebabkan lokasinya yang boleh diakses dengan kenderaan hingga ke tepi sungai berbanding Air Terjun Lata Medang yang kami jelajahi tadi.
Sampah sarap agak banyak bertaburan sekitar Sungai Pertak ni. Pandai berkelah tapi tak pandai buang sampah. Sayang tengok tempat menarik sebegini dengan longgokan sampah. Pandai makan tak pandai buang. Kenyang perut suka hati. Kena kencing tikus, tempat kena tutup masa tu baru nak tepuk dahi.
Saturday, March 26, 2016
Apa yang menarik di Air Terjun Sungai Chilling ni ? Bagi yang pernah sampai mesti nak datang lagi trekking di sini . Trek ke Air Terjun Sungai Chilling ni tidaklah sesukar Air Terjun Lata Medang. Lebih kurang macam Air Terjun Sungai Pisang. Treknya lebih santai dan budak-budak kecik pun boleh masuk. Yang paling seronok kena lintas sungai beberapa kali baru dapat sampai di kawasan air terjun. Ikan-ikan yang bermain di kaki pun banyak . Tak rugi kalau sesiapa yang datang dari jauh untuk ke Sungai Chilling ini.
Sungai Chilling ni terletak di Kuala Kubu Bharu, jalan menuju ke Fraser Hill. Kalau dari pekan Kuala Kubu Bharu cari jalan ke Fraser Hill pasti jumpa tempat ni. Kiranya kalau dari empangan Kuala Kubu tu tak jauh dah, lebih kurang 10 KM lagi. Nampak banyak kereta yang parkir di kiri dan kanan jalan . Cari pintu gerbang yang tertera Santuari Ikan Sungai Chilling itulah jalan masuknya.
'Track' untuk ke air terjun.

Papan tanda yang menunjukkan waktu dan hari beroperasi

Kawasan lapang ini untuk perkhemahan,berkumpul dan tempat menunggu sebelum mendaki.

Kaunter pembayaran untuk mendaki.

Surau dan tandas terletak berhadapan kaunter pembayaran

Di belakang surau dan tandas terdapat sungai yang cantik.Ramai pelancong yang mengambil air sembahyang disini.

Terdapat pondok di sungai tersebut untuk berteduh

Disini terdapat jambatan gantung.

Antara arus yang akan di seberang.

'Track' yang akan dilalui untuk ke puncak. Ketika tiba di puncak kaki penuh dengan pacat adalah benda biasa bagi mereka yang pakai seluar pendek.

Salah satu sungai yang akan di tempuh untuk ke puncak.

Disini airnya sangat jernih dan tidak dibenarkan memancing.

Inilah dia air terjun yang dikatakan. Ini adalah air terjun pertama dan terdapat 1 lagi di atas tingkat. Untuk ke atas mereka perlu mendaki bukit yang agak curam.
Subscribe to:
Posts (Atom)